tentunya sahabat bukan.....
atas dasar apakah kita memilih seorang rakan yang ingin kita jadikan sebagai sahabat yang baik???
setiap sahabat adaah rakan namun setiap rakan tidak semestinya seorang sahabat..
imam al-ghazali ada menyatakan 5 syarat untuk mencari seorang sahabat yang baik..
antara syarat2 tersebut adalah
1. Orang yang berakal:
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya:
Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan
mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh:
Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang
besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia:
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah.
Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya:
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu
tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan
dunia.

.jpg)














